Laman ini adalah hak milik semua. Harap Maklum !!!
Channel Operator adalah orang kuat room yang bertanggungjawab memastikan pengurusan room berjalan dengan lancar. . Channel Operator mempunyai kuasa untuk memberikan status Voice sementara kepada mereka yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Mereka yang diberikan voice mestilah orang yang menjaga tatasusila semasa di dalam room.
- Mereka juga mestilah orang yang aktif di room (public).Selain itu, Channel Operator juga ;
- Mestilah membantu dalam memastikan room dalam keadaan baik.
- Dilarang kick/ban user atas alasan peribadi.Bertindak dengan bijaksana dan bertimbangrasa.
- Sekiranya online, Channel Operator dimestikan berada di room sendiri serta memeriahkan room dan bertanggung jawab memastikan room sentiasa maju dan selalu Invite member memeriahkan room.
- Tidak dibenarkan kick/ban BOT atas apa alasan sekalipun.
- Dilarang sama sekali mengajak chatters untuk ke room lain,
- Channel Operator perlulah memiliki pengetahuan dalam pengendalian Command Mode yang tersedia selain berkemampuan online dalam jangka masa panjang untuk setiap hari (24-jam sebaik-baiknya).
- Channel Operator perlu mengikut tatasusila sepatutnya dan sebarang tindakan berlawanan dengan etika Channel Operator pada Room/Bot/User akan menyebabkan status Channel Operator anda ditarik balik (tanpa notis).
- Syarat kelayakkan untuk menjadi Channel Operator hendaklah berumur melebihi 20 (Dua Puluh Tahun).
- Status Channel Operator boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya Channel Operator tersebut tidak online dalam masa seminggu atau tidakaktif dalam room sendiri sebaliknya lebih aktif di room lain !!!
- Channel Operator diharap tidak salah gunakan kick/ban atas dasar peribadi atau atas permintaan chatter`s.Tidak dibenarkan menaik orang lain ke status Channel Operator atau kick/ban sesama Channel Operator.
- Channel Operator yang layak dilantik hendaklah memberikan komitment tinggi dan dan aktif di kampung dan sanggup memajukan kampung serta tidak mementingkan diri sendiri.
Polisi bagi Voice
- Voice yang telah dikenalpasti selalu membantu dalam memajukan room akan diberi status Channel Operator (atas sokongan daripada Channel Operator yang sedia ada.
- Voice yang terpilih sebagai bakal Channel Operator akan diberikan tempoh percubaan sebagai Channel Operator selama sebulan. Channel Operator tetap perlu memantau kerja bakal Channel Operator tersebut selama dalam tempoh percubaan.
Panduan untuk Semua Chatters
Semua member #kampung Digalakan menghantar gambar berserta maklumat diri yang ringkas untuk dimasukan kedalam album kampung.
Tindakan
Semoga anda menghormati setiap undang-undang yang ada demi kebaikan dan keselamatan kampung ini. Sekiranya chatters didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, tindakan yang akan diambil seperti berikut:
Jika didapati advertise/iklan didalan room #kampung , Kick/Ban akan dikenakan serta-merta dan anda akan disekat dari memasuki ke laman ini buat selamanya.Kerjasama dari anda semua amatlah dihargai kerana laman ini berdaftar atas nama pihak pengurusan.
Harapan kami agar semua dapat menggunakan/memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan dan jauhi segala perkara-perkara yang tidak baik yang dimurkai Allah, semoga kita semua berjaya duduk sebumbung disebuah komuniti dalam dunia internet ini serta berjaya hingga ke generasi yang akan datang.
Nasihat dari kami sila rahsiakan identiti sebenar anda!!! Jangan sesekali memberi No Telefon, Alamat Rumah, No Kad Pengenalan atau apa-apa maklumat peribadi anda kepada sesiapa saja yang meminta dari anda demi untuk keselamatan anda. AWAS!!! Penipuan banyak berlaku di dunia internet ini. Pihak pengurusan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku apa-apa ke atas diri anda.
Sebarang masalah, rayuan atau cadangan, sila emailkan kepada Pengurusan #Kampung
